Anda di sini

31 jenazah warga Malaysia selamat dibawa pulang setakat ini

Advertisement

KUALA LUMPUR: Kepulangan tujuh jenazah warga Malaysia mangsa tragedi MH17 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 31 jenazah warga tempatan pulang ke tanah air setelah tragedi itu memasuki hari ke-48.

Hanya satu jenazah yang telah dikenal pasti belum dibawa pulang lagi setakat ini berikutan proses pengurusan jenazah belum selesai.

Sejumlah 43 warga Malaysia adalah antara 298 penumpang dan anak kapal yang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.

Berikut senarai jenazah warga Malaysia yang dibawa pulang secara berperingkat-peringkat.

 

SENARAI NAMA MANGSA MH17 YANG DIBAWA PULANG PADA 2 SEPT

 

1. Kapten Wan Amran Wan Hussin, 50, (L) (Juruterbang) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor.

2. Kapten Eugene Choo Jin Leong (L) (Juruterbang) abu mayat disimpan selama tiga hari di kediamannya di Sri Carcosa, Seremban 2, sebelum disemadikan di Nilai Memorial Park, Negeri Sembilan pada pagi Khamis.

3. Sanjid Singh Sandhu, 41, (L) (Kru kabin MH17) abu mayatnya dibawa ke kediaman mentuanya di Taman Skyline, Jalan Klang Lama, di sini, sebelum diterbangkan ke kediaman keluarganya di Taman Kampung Selamat Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk disemadikan esok (3 Sept).

4. Muhd Firdaus Abdul Rahim (L) (Pegawai Pertama MH17) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Daerah Hilir Perak, Teluk Intan, Perak.

5. Subashni J.Retnam (P) (Penumpang) abu mayatnya disimpan seketika di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi.

6. Kaelamayajay Goes, 21 bulan (P) (Penumpang) abu mayatnya disimpan seketika di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi.

7. Loh Yan Hwa (P) (Penumpang) abu mayatnya disemadikan di Dewan Peringatan Kek Lok Si, Air Itam, Pulau Pinang.

 

SENARAI NAMA MANGSA MH17 YANG DIBAWA PULANG PADA 22 OGOS

 

ANAK KAPAL

1. Mastura Mustafa (P) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Paroi, Negeri Sembilan.

2. Ahmad Hakimi Hanapi (L) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya.

3. Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak, Taman Batu Muda, Gombak.

4. Nur Shazana Mohamed Salleh (P) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya.

5. Dora Shahila Kassim (Ketua Pramugari MAS) (P) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di Damansara, Kuala Lumpur.

6. Lee Hui Pin (P) disemadikan di Nilai Memorial Park, Negeri Sembilan.

7. Angeline Premila Rajandaran (P) (tempat pengebumian dirahsiakan keluarga)

8. Chong Yee Pheng (P) disemadikan di Paradise Memorial Park, Jalan Chemor, Tanjung Rambutan, Perak.

9. Azrina Yakob (P) dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Hidayah, Assam Kumbang, Taiping, Perak.

 

PENUMPANG

10. Noor Rahimmah Mohd Nor (P) dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Ihtidaiyah (Lama), Tambun, Ipoh, Perak.

11. Muhammad Afif Tambi (L) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Petrajaya, Kuching, Sarawak.

12. Ariza Ghazalee (P) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Petrajaya, Kuching, Sarawak.

13. Hasni Hardi Parlan (L) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Kampung Paya Luas Segamat, Johor.

14. Mohd Ali Md Salim (L) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja, Muar, Johor.

15. Foo Ming Lee (L) upacara keagamaan selama dua hari di Taman Peringatan Nirvana Sungai Besi manakala upacara pembakaran jenazah dilaksanakan di Taman Peringatan Nirvana, Shah Alam.

16. Karamjit Singh Karnail Singh (L). Abu mayatnya ditabur di laut Pelabuhan Klang.

17. Ng Qing Zheng (L). Mayatnya disimpan selama satu malam di Taman Peringatan Nirvana, Sg Besi sebelum dibawa ke kediamannya di Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor.

18. Mabel Anthony Samy (P). Mayatnya disimpan di Taman Peringatan Nirvana, Sungai Besi sebelum dibawa pulang ke kediaman di Bangsar.

19. Paul Rajasingam Sivagnanam (L). Mayatnya disimpan di Taman Peringatan Nirvana, Sungai Besi sebelum dibawa pulang ke kediaman di Bangsar.

20. Elisabeth Ng Lyeti (P). Abu mayatnya disimpan di Pusat Xiao En Bereavement di Jalan Kuari, Cheras.

 

SENARAI NAMA MANGSA MH17 YANG DIBAWA PULANG PADA 23 OGOS 2014.

 

1. (Tidak didedahkan)

 

SENARAI NAMA MANGSA MH17 YANG DIBAWA PULANG PADA 24 OGOS 2014.

 

1. Mohd Ghafar Abu Bakar (L) (Penyelia penerbangan kabin MAS) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Ampang Satu, Taman Kosas, Ampang.

2. Ng Shi Ing (P) (Penumpang). Abu mayatnya disimpan di Pusat Xiao En Bereavement di Jalan Kuari, Cheras sehingga jenazah anaknya, Benjamin Lee Jian Han yang berumur satu tahun dibawa pulang ke tanah air.

3. (Tidak didedahkan) — Bernama

Advertisement