Anda di sini

Sekolah Cina dinasihati turut fokus kepada pendidikan Bumiputera

Advertisement

KUCHING: Sekolah Cina di negeri ini dinasihati supaya tidak hanya fokus dalam memberi pendidikan kepada komuniti sendiri tetapi juga kepada komuniti Bumiputera.

Demikian nasihat Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Senator Datuk Dr Sim Kui Hian yang melihat terdapat keperluan bagi komuniti Bumiputera terlibat dalam pendidikan Cina agar ia dapat membangun dalam jangka panjang.

“Adalah wajar untuk sekolah Cina menggalakkan penglibatan pelajar Bumiputera dalam sekolah mereka.

“Ini kerana, peningkatan bilangan pelajar Bumiputera di sekolah-sekolah rendah Cina menunjukkan komuniti Bumiputera berminat dalam pendidikan Cina,” katanya ketika berucap mewakili Presiden SUPP Tan Sri Peter Chin merasmikan Bazar Amal Chung Hua Middle School No.4 di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengurusan Chung Hua Middle School No. 1,3 dan 4 Kuching Richard Wee berkata walaupun tidak mendapat pembiayaan daripada kerajaan, sekolah-sekolah Cina di negeri ini tetap terus menyumbang kepada negara dengan melahirkan ramai modal insan berbakat.

“Saya berharap bekas-bekas pelajar dan masyarakat tempatan akan terus menyokong sekolah-sekolah Cina,” katanya.

Advertisement