Anda di sini

Mesyuarat SPDP Piasau, Pujut pada 2 September

Advertisement

MIRI: Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Bahagian Piasau dan Pujut akan mengadakan mesy­uarat pada 2 September ini, di sini.

Sehubungan itu, semua ahli dalam senarai pucuk pimpinan kedua-dua bahagian dijemput hadir termasuk ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Bahagian, ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita Bahagian, ahli Jawatankuasa Cawangan Wanita dan Pemuda.

Mesyuarat itu untuk membincang dan menetapkan tarikh bagi mesy­uarat tritahunan kedua-dua bahagian termasuk cawangan-cawangan di bawahnya.

Selain itu, ia bagi menetapkan tarikh dan tempat mesyuarat trita­hunan sekali gus menyemak kembali senarai pucuk pimpinan bahagian yang baharu.

Kedatangan semua ahli dua ba­hagian turut menentukan kedudu­kan semua ahli yang sebenarnya, mengenal pasti ahli layak mengundi seterusnya memilih pucuk pimpinan baharu dua bahagian berkenaan termasuk semua cawangan.

Sehubungan itu, semua ahli yang sudah berdaftar dikehendaki hadir ke mesyuarat parti pada tarikh dan tempat yang ditetapkan. Masa akan diberitahu kemudian.

Advertisement