Anda di sini

Kementerian Pendidikan meneliti penglibatan pihak UNIMAS dalam pembangunan di luar bandar negeri ini

Advertisement

KUCHING:Kementerian Pendidikan sedang meneliti secara khusus dan komprehensif penglibatan pihak Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam pembangunan di luar bandar negeri ini.

Ia berikutan lawatan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching bersama rombongannya pada 29 Ogos lepas.

Pada lawatan pertamanya itu, beliau turut diperkenalkan kepada pegawai-pegawai utama UNIAMS.

Mary telah diberi taklimat mengenai sejarah penubuhan UNIMAS iaitu pada 1992, oleh  Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.

Turut memberi taklimat ialah Pengarah Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Kualiti Profesor Madya Dr Mohd Ibrahim Safawi Mohd Zain.

Mohd Ibrahim memberi penjelasan mendalam berkaitan projek pembangunan dan komuniti yang telah dilakukan oleh UNIMAS.

Mary yang juga merupakan Ahli Parlimen Tawau, Sabah amat menghargai dan memuji usaha UNIMAS membantu penduduk di kawasan luar bandar menerusi usaha dan inisiatif berterusan pembangunannya di dalam negara.

Beliau amat meyakini kepakaran yang terdapat di UNIMAS, akan dapat merangsang pembangunan di negara ini terutama kepada kawasan penduduk luar bandar.

Advertisement