Anda di sini

Kawasan Orang Ulu kubu kuat SPDP

Advertisement

MIRI: Ka­wasan Orang Ulu merupakan antara kubu kuat Parti Demokra­tik Progresif Sarawak (SPDP) dan ini tidak dapat din­afikan.

Setiausaha  Agungnya Datuk Nelson Balang Rining berkata, kawasan utara Sarawak merupakan kerusi tradisi parti berkenaan.

“Kawasan kami (Orang Ulu) merupakan salah satu daripada kubu kuat SPDP sejak dahulu lagi,” ka­tanya pada Malam Perpaduan SPDP di sini malam Jumaat lalu.

Beliau berkata, kerusi tradisional itu harus dipertahankan pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

Balang turut menggesa ahli-ahli SPDP bersedia menghadiri Mesy­uarat Agung Tritahunan (TGM) yang dijadualkan berlangsung di Bintulu pada November depan.

“Kami akan uar-uarkan notis dalam setiap surat khabar untuk ahli-ahli SPDP supaya hadir beramai-ra­mai pada TGM nanti,” jelasnya.

Katanya ia bagi menunjukkan betapa parti itu masih mendapat sokongan dan relevan di persada politik negeri.

“Kami masih kuat dan akan terus kekal bukan sahaja dalam parti malah dalam Barisan Nasional (BN),” ujar Balang.

Walaupun tidak dinafikan parti itu pernah berada dalam kemelut pada suatu ketika namun ia bukanlah petanda berakhirnya perjuangan parti berkenaan.

“Saya ingatkan semua ahli SPDP bahawa bahtera parti kita masih belayar walaupun pucuk pimpinan sudah berubah,” katanya.

Advertisement