Anda di sini

WAITAG landasan terbaik promosi padang golf Sarawak

Advertisement

KUCHING: Kejohanan Golf Antara Pasukan Amatur Dunia (WAITAG) menjadi landasan terbaik bagi Sarawak mempromosi padang golf di sini.

Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli, Datuk Dr James Dawos Mamit berkata kejohanan itu juga menjadi landasan terbaik bagi menarik lebih ramai pelancong datang ke Malaysia.

“Sukan golf menyumbang kepada perolehan RM304 juta pada tahun lalu berbanding RM296 juta pada 2012. Manakala tahun ini, Malaysia mensasarkan kutipan sejumlah RM310 juta,” katanya pada majlis penyampaian hadiah Kejohanan WAITGC 2014 pusingan kelima di sini kelmarin.

Dawos berkata, Sarawak juga harus memanfaatkan lapan padang golf di sini yang diperakui menyediakan fasiliti antara terbaik dan mencabar di dunia bagi mempromosi industri pelancongan sukan negeri.

“WAITGC telah bermula sejak 21 tahun lalu dan sangat penting dalam membantu mempromosi Malaysia sebagai pusat pelancongan terkemuka di dunia dan bernilai tinggi,” katanya.

Tambahnya, Sarawak kaya dengan tempat-tempat menarik untuk dikongsi bersama para pelancong dari luar seperti hutan hijau, hutan paya bakau dan pantai-pantai menarik.

Kejohanan selama empat hari itu dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dan disertai sebanyak 20 pasukan dari lima negara.

Antaranya Malaysia (enam), Singapura (enam), Indonesia (dua pasukan), Australia (dua) dan Brunei (lima).

Advertisement