Anda di sini

Mohd Adib berazam terus harumkan nama Sarawak

Advertisement

KUCHING: Atlet paralimpiad termuda, Mohd Adib Iqbal berazam akan terus berusaha mengharumkan nama Sarawak baik di pentas kebangsaan mahupun antarabangsa.

Mohd Adib, 15, mengalami masalah rendah IQ berjaya menghadiahkan dua pingat emas, satu pe-rak dan dua gangsa pada penampilan pertamanya pada Sukan Paralimpiad XVII Perlis 2014 yang menutup tirainya kelmarin.

Perenang muda itu menyertai empat acara individu dan dua acara berpasukan dalam kategori S14.

Beliau turut mencatat rekod baharu kejohanan dalam acara 50 meter gaya bebas dengan catatan 30.03s untuk memadam rekod lama 30.04 yang dicatat di Kuantan, Pahang pada 2012.

“Saya berasa sangat gembira kerana berjaya membantu menyumbang pingat untuk Sarawak. Ini kali pertama saya menyertai kejohanan ini dan berjanji akan terus berusaha membawa lebih ke-jayaan buat Sarawak pada kejohanan akan datang,” katanya.

Mohd Adib bersama 123 atlet paralimpiad negeri kembali ke tanah air pada Khamis lalu setelah membantu Sarawak mengekalkan kejuaraan Sukan Paralimpiad buat kali ke-11 berturut-turut.

Selain Mohd Adib, 19 lagi atlet Sarawak turut mencatat nama selaku pemecah rekod pada kejohan-an edisi ke-17 itu.

Mereka ialah David Sinda, Bibiana Ahmad, Sona Agon, Jong Yee Khie (angkat berat), Jeremy Siga, Vinton Jarit, Fraidden Dawan, Julius Jeranding, Anderson Jamba, Dato Lakok (renang), Mohd Farisson, Leeyendy Jisen, Davis Machang, Erman Radin, Nur Atirah Voon, Jap Soon Hung, Andy Lau, Sandra Tiong dan Filemon Lirong (olahraga).

Advertisement