Anda di sini

Larian BP 2014: Havit ungguli ‘Men’s Open’

Advertisement

MULA: Andrew mengibar bendera perlepasan kepada peserta sebagai tanda larian bermula.

SIBU: Lebih 1,600 peserta menyertai acara larian The Borneo Post Run 2014 di Dataran Sibu Fasa Satu pagi semalam berbanding tahun lalu hanya seramai 1,000 penyertaan.

Acara pelepasan peserta dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (SMC), Datuk Andrew Wong, Ketua Pegawai Operasi See Hua Group, Temenggung Vincent Lau, Pengurus Jualan Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad Billy Chin, Presiden Kelab Sukan Marathon, Ling Chee Chin dan beberapa pegawai eksekutif lain.

Tahun ini, acara larian dibahagikan kepada lima kategori iaitu Men’s Open, Ladies’ Open, Boys Junior, Girls Junior.

Semua peserta dilepaskan secara serentak tepat jam 7.50 pagi.

Laluan dilalui peserta ialah Jalan Bujang Suntong, Tun Abang Haji Openg, Awang Ramli Amit, Sungai Antu dan kembali lagi ke Dataran Sibu Fasa Satu.

Kategori Men’s Open dimenangi Havit Philip, manakala tempat kedua Yong Zinn Fei dan ketiga Lee Kim Hing.

Untuk kategori Ladies Open, tempat pertama dirangkul Ling Mee Eng, kedua Hii Yieng Nguk dan ketiga Lee Leh Ha.

Manakala bagi kategori Boys Junior, tempat pertama dimenangi Hunsan Hasing, kedua Franky Sidy dan ketiga Mohd Anix Rosmizam Dami.

Ketegori Girls Junior memperlihat Rowina Jack dari SMK St Elizabeth meraih tempat pertama, diikuti kedua Wang Siew Shuang dan ketiga Madelinda Balau dari SMK Bandar Bintangor.

Kategori Fun Run pula tempat pertama Sia Bik Puang dari Kelab Sukan Marathon Sibu, diikuti kedua oleh Nyaru Jimbun dan ketiga Kelvin Tie.

Bagi kategori Men’ s dan Ladies Open, tempat pertama hingga ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM300, RM200, RM150 serta trofi.

Manakala bagi kategori Boys dan Girls Junior, tempat pertama hingga ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM200, RM150, RM100 serta trofi.

Kategori Fun Run memperlihat pemenang tempat pertama hingga ketiga masing- masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM180, RM130, RM100 dan trofi.

Advertisement