Anda di sini

Kejohanan taekwondo mampu lahir lebih ramai atlet

Advertisement

KUCHING: Taekwondo merupakan salah satu seni mempertahankan diri yang mampu menjadi lan-dasan terbaik dalam memperkasa pembentukan modal insan masa hadapan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata dengan mempelajari taekwondo, memahami disiplinnya serta menghargai falsafah di sebalik wujudnya seni mempertahankan diri tersebut mampu membawa kepada kehidupan lebih baik.

Justeru, beliau memberitahu adalah penting agar disiplin dan falsafah taekwondo difahami sebaik-baik oleh pengamalnya.

“Jika kita lihat secara mendalam persepektif sukan taekwondo memfokuskan kepada pembentukan seorang atlet berdisiplin dan komited dalam situasi yang diarahkan.

“Jika elemen ini mampu dipupuk, maka tidak mustahil lebih ramai golongan muda masa hadapan lahir sebagai modal insan yang berguna malah me-nyumbang pelbagai kejayaan membanggakan dalam skop pembangunan negara,” katanya pada perasmian Kejohanan Poomsae Taekwondo (WTF) Sekolah Sarawak 2014 dan Kejohanan Taekwondo (WTF) Sarawak di sini semalam.

Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong berharap agar kejohanan tersebut dapat melahirkan lebih ramai atlet yang dapat mewakili seterusnya mengharumkan nama Sarawak dan Malaysia di persada dunia.

Dalam pada itu, kira-kira 300 peserta daripada 19 buah kelab dari seluruh negeri bertanding mere-but 120 medal yang dipertandingkan dalam pelbagai kategori pada kejohanan itu.

Pada majlis itu, Wan Junaidi berkesempatan beramah mesra dengan peserta yang mengharumkan nama Sarawak pada Sukan Malaysia (SUKMA) XVII 2014 Perlis dengan membawa pulang empat pingat emas dan tiga perak.

Hadir sama Presiden Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak (WTF) Mohd Salleh Sani.

Advertisement