Anda di sini

41 peserta kursus pengadil futsal terima sijil penyertaan

Advertisement

MUKAH: Seramai 41 orang peserta kursus pengadil futsal siri dua peringkat negeri menerima sijil anjuran bersama Bahagian Sukan, Kementerian Pembangunan Sosial Mukah, Pejabat Residen Bahagian Mukah dan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS).

Kursus tersebut melibatkan golongan belia dan veteran sekitar kawasan wilayah tengah Sarawak berlangsung selama dua hari.

Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Balingian, Yussibnosh Balo berkata Bahagian Mukah masih memerlukan ramai pengadil bertauliah untuk mengadili perlawanan futsal.

Beliau memberitahu, melalui kursus itu maka tidak perlu menjemput pengadil- pengadil luar dari kawasan Mukah untuk membantu dalam mengadili sesuatu perlawanan futsal di sini.

“Dengan adannya penganjuran kursus pengadil ini dengan penyertaan penduduk tempatan yang memberangsangkan tidak sukar bagi kita mengadakan pertandingan dan tidak perlu lagi menjemput pengadil luar dari Mukah.

“Kita di Mukah mempunyai fasiliti yang cukup untuk menganjurkan pelbagai aktiviti sukan sama ada di kawasan Mukah mahupun Dalat,” katanya ketika merasmikan majlis penutupan kursus pengadil futsal siri dua peringkat negeri di Kem Belia Mukah semalam.

Dalam perkembangan lain, Yussibnosh menggesa belia masih belum mendaftar sebagai pengundi agar berbuat demikian kerana belia merupakan pemimpin masa hadapan selain mampu menyumbang kepada negeri dan negara.

Advertisement