Anda di sini

Untung bersih SPB meningkat lebih dua kali ganda kepada RM30.8j

Advertisement

KUCHING: Sarawak Plantation Berhad (SPB), sebuah syarikat perladangan kelapa sawit mencatat keuntungan bersih yang meningkat lebih dua kali ganda kepada RM30.8 juta, untuk enam bulan pertama yang berakhir 30 Jun 2014.

Kenyataan akhbar dikeluarkan syarikat itu semalam menyatakan bahawa keuntungan bersih direkodkan untuk enam bulan berakhir 30 Jun 2013 hanya RM8.8 juta.

Peningkatan keuntungan bersih iaitu 250 peratus disebabkan harga jualan purata yang lebih tinggi dan saiz jualan minyak kelapa sawit mentah (CPO) dan isirung kelapa sawit dicapai sepanjang enam bulan.

Syarikat itu juga mengisytiharkan interim pertama, dividen pengecualian cukai satu peringkat, 6 sen bagi setiap saham biasa, mewakili 55 peratus pembayaran daripada keuntungan enam bulan, sebagai pulangan kepada pekebun-pekebun kecil.

Sebagai tambahan, SPB juga mengumumkan laporan interimnya, menerusi salah satu anak syarikatnya, dengan mendapat pertimbangan untuk membayar balik semua deposit dan sebahagian bayaran dibuat berkaitan pembelian 30 peratus ekuiti dalam empat syarikat perladangan.

Pada 8 Ogos 2014, mahkamah mengarahkan semua deposit dan sebahagian bayaran RM32.2 juta dibayar balik kepada anak syarikatnya dengan kadar faedah sehingga bayaran penuh dibuat.

Dalam kes berkaitan, mahkamah turut mengarahkan anak syarikatnya membayar kadar faedah dalam tempoh tertentu.

Menurut syarikat itu lagi, jika tiada sebarang masalah, kumpulan itu dijangka mencapai prestasi memuaskan untuk 2014.

 

Advertisement