Anda di sini

Presiden MUBARAK kunjungi Adenan

Advertisement

KUCHING: Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Rahman dan rombongan mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem di pejabatnya di bangunan Dewan Undangan Negeri DUN, di sini semalam.

Abdul Aziz dan ahli MUBARAK mengadakan lawatan kerja ke Sarawak dan antara tujuan lawatan itu ialah meminjau pembangunan pesat di negeri ini terutama dalam industri pelancongan dan gas.

Pada masa sama berkongsi pandangan dan bertukar pengalaman dengan kerajaan di bawah pentadbiran Ketua Menteri sekarang.

MUBARAK juga berhasrat menjalinkan kerjasama dengan bekas wakil rakyat Sarawak yang belum menyertai sebarang persatuan khusus mewakili golongan berkenaan.

Advertisement