Anda di sini

Pertandingan Poomsae ukur kemahiran, galak lebih ramai penyertaan pelajar dalam sukan tempur

Advertisement

Seramai 100 ahli Kelab Taekwondo Bandar Kuching telah menyertai Pertandingan Poomsae yang diadakan pada 17 Ogos lalu di Dewan Sekolah Lodge.

Kelab tersebut merupakan ahli gabungan Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak (PTNS) yang merupakan badan induk taekwondo negeri.

Selain menjadi kayu pengukur tahap kemahiran para peserta, pertandingan selama sehari itu juga bertujuan menggalakkan lebih ramai penyertaan peserta khususnya pelajar dalam sukan tempur itu.

Pertandingan tersebut diadakan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh PTNS.

Ia dikendalikan oleh Master Steven Chai Soon Choi (Dan ke-3) sebagai ketua pengadil sambil dibantu Ketua Pengajar Master George Yu Kok Lee (Dan ke-6).

Menurut George Yu, ahli kelab tidak harus memberi penekanan terhadap aspek menang atau kalah.

Sebaliknya semangat kesukanan yang harus dititikberatkan selain sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran dari semasa ke semasa.

Bagi yang berminat untuk menyertai latihan taekwondo boleh menghubungi Miss Eileen Lee (012-8935656) atau datang ke pusat gimnasium kelab tersebut yang terletak di atas Restoran Fast Cai, Stutong.

 

Advertisement