Anda di sini

Bayi lahir dalam bas ekspres

Advertisement

LAHIR: Sumarni selamat melahirkan seorang bayi lelaki di dalam sebuah bas ekspres.

KUCHING: Seorang wanita warga Indonesia selamat melahirkan bayi di dalam sebuah bas ekspres pada malam Selasa lepas.

Ketika itu, ibu kepada bayi berkenaan, Sumarni Abakar, 32, sedang dalam perjalanan dari Bintulu ke Pontianak menaiki sebuah bas ekspres dari Miri.

Sebaik menyedari kecemasan tersebut, pemandu bas dan pembantunya segera membawa Sumarni ke sebuah klinik luar bandar di Tatau.

Bagaimanapun, belum sempat sampai ke klinik, bayi berkenaan kemudiannya lahir dengan disambut seorang penumpang lain, Latifah Sharudi yang juga warga Indonesia.

Bayi lelaki itu selamat dilahirkan pada jam 7.55 malam.

“Syukur kerana ibu dan bayinya selamat. Ini adalah pengalaman pertama saya berhadapan perkara seperti ini,” kata Latifah ketika ditemu bual, semalam.

Kelahiran bayi itu turut disaksikan dengan gembira oleh semua penumpang termasuk pemandu dan pembantu bas ekspres berkenaan.

Malah, ada di kalangan mereka turut memberikan duit sebagai hadiah kepada kelahiran bayi terbabit.

Advertisement