Anda di sini

1,600 peserta dijangka sertai Borneo Post Run

Advertisement

SIBU: Lebih 1,600 peserta dijangka menyertai The Borneo Post Run 2014 yang bakal berlangsung di Dataran Bandar Sibu Fasa 1 pada 30 Ogos ini.

Eksekutif Pemasaran See Hua Marketing Sdn Bhd, Jamie Kong berkata, sambutan yang diterima terhadap larian pada tahun ini di luar jangkaan dan amat menggalakkan.

“Ini merupakan jumlah terbanyak yang diterima terhadap larian ini dan peserta dari seluruh negeri. Namun, kebanyakan peserta dari Sibu,” katanya di sini semalam.

Larian anjuran akhbar The Borneo Post ini dibahagikan kepada lima kategori iaitu Lelaki Terbuka (8km), Wanita Terbuka (8km), Lelaki Bawah 18 tahun (8km), Wanita Bawah 18 Tahun (8km) dan Fun Run (4km).

Menurut Kong, larian Lelaki dan Wanita Bawah 18 Tahun mendapat sambutan menggalakkan dengan lebih 900 penyertaan diikuti Fun Run dengan seramai 400 peserta.

“Ini merupakan kali pertama kita memasukkan Fun Run dan mendapat sambutan baik daripada orang ramai,” jelas beliau sambil berterima kasih kepada pihak penaja larian.

Larian yang memasuki tahun keempat penganjurannya ditaja Yeo’s, Gree, Kari 365 dan Royal Bee Honey selain mendapat sokongan Majlis Perbandaran Sibu (MPS).

Advertisement