Anda di sini

Sokongan padu di Majlis Makan Malam SPDP

Advertisement

Oleh W. Bolly Ongie

 

TERHIBUR: Tiong (enam kiri) dan Anyi Ngau (lima kiri) serta ahli-ahli Majlis Tertinggi SPDP yang lain menyaksikan persembahan Gendang Cina oleh murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Sungai Jaong di Marudi baru-baru ini.

LEBIH 1,000 penyokong Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) di Marudi menghadiri Majlis Makan Malam Perpaduan SPDP anjuran SPDP Bahagian Marudi dan SPDP Bahagian Telang Usan baru-baru ini.

Majlis tersebut diadakan selepas mesyuarat agung tahunan SPDP Bahagian Marudi pada sebelah siangnya dan sempena Jerayawara SPDP seluruh Sarawak.

Majlis berlangsung di Dewan Suarah Baram itu dirasmikan oleh Pemangku Presiden SPDP Datuk Seri Tiong King Sing yang juga Ahli Parlimen Bintulu.

Hadir sama Ahli Parlimen Mas Gading Anthony Nogeh, Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau, Setiausaha Agung SPDP Datuk Nelson Balang Rining, Timbalan Setiausaha Agung Datuk Paul Igai, Ketua Wanita SPDP Datuk Chiew Yen Chew, Ketua Pemuda Robert Ayu dan ahli-ahli Majlis Tertinggi yang lain.

Majlis turut dihadiri ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).

 

 

 

 

Advertisement