Anda di sini

Sasaran ‘Bebas Dadah 2015’ sukar dicapai, kata Zambry

Advertisement

IPOH: Statistik penangkapan penyalahgunaan dadah, nilai rampasan serta program pencegahan dadah, masih belum mampu memberi petunjuk jelas untuk mencapai sasaran ‘Bebas Dadah 2015’, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata sasaran negeri Bebas Dadah 2015 juga dilihat sukar untuk dicapai berdasarkan ciri-ciri penawaran dan rampasan dadah sepanjang tahun.

“Secara peribadi, saya tidak akan berkompromi mengenai isu ini, ia bukan sekadar ber-kisar terhadap pencegahan dadah, malah taraf negeri maju tidak akan tercapai jika dadah masih menguasai masyarkat,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Sham Mat Sahat (BN-Alor Pongsu) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini semalam.

Beliau berkata pencegahan dadah merupakan elemen yang sukar kerana ia mengatasi masalah sosial dan ekonomi.

Katanya sebanyak 5,981 individu kena pengawasan penagih dadah oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) antara Januari dan Julai 2014 berbanding seba-nyak 7,145 orang bagi tempoh sama tahun lepas.

“Jumlah itu belum boleh dijadikan sebagai jaminan bahawa gejala ini akan terus berkurangan jika ia tidak diuruskan daripada peringkat akar umbi,” katanya.

Zambry turut menekankan bawah pelbagai program pencegahan dan kesedaran dijalankan termasuk memberi tumpuan kepada kawasan berisiko oleh AADK, polis dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung.

“Kita mengakui salah satu masalah penyalahgunaan dadah adalah berkaitan peng-agihan dadah termasuklah di kawasan nelayan, bukan hanya Kerian, malah di kawasan pantai Pangkor, Hilir Perak, Kuala Sepetang, Kuala Kurau,’ katanya. — Bernama

Advertisement