Anda di sini

Warga emas cedera kemalangan

Advertisement

SIBU: Seorang warga emas mengalami kecederaan di beberapa anggota badan termasuk bahagian muka selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Teng Chin Hua, di sini semalam.

Mangsa yang hanya dikenali Hii, 60, dikatakan dalam perjalanan ke sebuah klinik di sini dengan menunggang motosikal dalam kejadian berlaku sekitar jam 8 pagi.

Difahamkan semasa melalui Jalan Hulu Sungai Merah motosikalnya dilanggar sebuah kereta.

Akibat perlanggaran itu mangsa dikatakan terpelanting dari motosikalnya dan terbaring di tepi jalan.

Orang awam yang menyaksikan kemalangan terbabit kemudian menghubungi ambulans untuk tindakan lanjut.

Sehingga berita ini ditulis semalam, mangsa masih ditahan di wad dan keadaannya stabil.

Advertisement