Anda di sini

Wanita tunang suspek kes tembak rumah Wong ditahan

Advertisement

TAHAN: Suspek dibawa menjalani tahanan reman di Sibu semalam.

SIBU: Polis menahan seorang wanita yang merupakan tunang salah seorang suspek yang ditangkap bersama bapanya dan seorang lelaki lain untuk membantu siasatan kes tembak kediaman Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh.

Polis mengarahkan wanita berusia 25 tahun itu ke balai polis untuk memberi keterangan sebelum ini namun ditahan jam 2 petang kelmarin selepas mendapati kenyataannya mencurigakan.

Wanita itu dikenakan tahanan reman selama lima hari bermula semalam.

Tunangnya yang berusia 29 tahun bersama bapanya separuh lumpuh berusia 57 tahun dan lelaki ketiga berusia 26 tahun ditahan minggu lalu.

Bapanya ditahan semula semalam selepas tamat tempoh remannya pada Ahad lalu dan dia ditahan reman selama 14 hari.

Polis turut merampas sepucuk senapang patah daripada suspek.

Polis kini dalam proses menyelesaikan motif kes.

Satu pasukan khas ditubuhkan untuk siasatan itu melibatkan pelbagai jabatan polis di sini termasuk Unit Soal Siasat D6 dari Kuching.

Polis menyelesaikan sesuatu kes dalam pelbagai sudut untuk menentukan jika terdapat lebih suspek terlibat.

Advertisement