Anda di sini

Louis rangkul juara Mr Fitness

Advertisement

KUCHING: Aksi memukau Louis Grass membolehkan beliau ditabalkan juara Mr Fitness (170cm ke bawah) 2014 Mr Boulevard di Pusat Membeli-Belah Boulevard di sini semalam.

Louis menewaskan Mohd Iskandar Razali selaku naib johan manakala peserta ter-muda, Mohammad Azhar Aizam berpuas hati di tempat ketiga.

Sementara itu, Mohd Al-rzrin Abdul Ghani muncul johan bagi kategori Mr Fit-ness (170cm ke atas), tempat kedua Alvin Sia Loong Wei dan Sivanesvaran meraih tem-pat ketiga.

Bagi kategori senior 70kg ke bawah, johan milik Wilfred Harding, tempat kedua Louis Grass dan Anthony Cadrick tempat ketiga.

Jeremiah Rukong pula menggondol tempat pertama kategori senior 70kg ke atas termasuk gelaran ‘Champion of Champions’.

Donny Fam tempat kedua dan Mohd Sani Sanawi tempat ketiga.

Hadiah telah disampaikan oleh Presiden Persatuan Bina Badan Sarawak (SBBA), Datuk Wee Hong Seng.

Terdahulu dalam ucapan-nya, beliau merakamkan penghargaan kepada pen-gurusan Boulevard kerana menganjurkan kejohanan tersebut sambil berharap akan diteruskan bagi mempromosi sukan bina badan.

“Tahun ini membawa tuah buat atlet-atlet kita di mana buat pertama kalinya mereka telah membantu Sarawak muncul juara Mr Malaysia pada Jun lalu.

“Selain itu, Sarawak juga meraih gelaran ‘Champion of Champions’ dan ‘Best Poser’ yang dimenangi oleh Malvern Abdullah yang terpilih mewakili negara pada kejohanan peringkat antarabangsa di Macau pada hujung bulan ini,” katanya ketika meras-mikan kejohanan tersebut semalam.

Wee berkata, kejohanan itu juga akan menjadi landasan bagi SBBA mencari atlet-atlet berpotensi mewakili Sarawak pada SUKMA 2015 di Kuala Lumpur nanti.

 

Advertisement