Anda di sini

TYT serikan majlis Makan Tahun Perdana Kampung Pejuang Kelulit

Advertisement

Oleh Steve Annuar

 

PENUH HORMAT: Ketibaan TYT disambut mesra oleh penduduk Bekenu.

TUAN Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud hadir pada majlis Makan Tahun Perdana di Kampung Pejuang Kelulit, Bekenu pada 16 Ogos lepas.

Beliau turut diberi penghormatan untuk merasmikan buku kamus daftar kata bahasa Kedayan yang mendapat kerjasama Persatuan Kedayan Sibuti dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Keluarga Sarawak selaku Penasihat Persatuan Kedayan Sibuti, Rosey Yunus memberitahu, majlis adalah yang keempat dianjurkan di kampung tersebut.

ISTIMEWA: Taib menerima cenderahati daripada ketua-ketua kaum disaksikan oleh Tengah, Asfia dan Ahmad Lai.

Pada tahun lalu, kampung tersebut pernah menjuarai Anugerah Desa Cemerlang Sarawak dan Kampung Harapan Kebangsaan.

Dianggarkan lebih 3,000 penduduk dari sekitar Bekenu hadir pada majlis tersebut yang dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti memperkenalkan kebudayaan masyarakat kaum Kedayan.

Hadir sama ialah Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan selaku Penaung Persatuan Kedayan Sibuti, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, ADUN Lambir Ripin Lamat selaku Pengerusi Persatuan Kedayan Sibuti dan Residen Miri Antonio Kahti Galis.

BAKAT MUDA: Persembahan daripada kumpulan tarian Warisan Seni Kampung Padang Kelulit Sibuti.

TRADISI: Pertunjukan permainan gasing turut mengisi acara Makan Tahun Perdana di Kampung Pejuang Kelulit Bekenu, baru-baru ini.

 

Advertisement