Anda di sini

Sarawak letak harapan tinggi di bahu Malvern

Advertisement

SEMOGA BERJAYA: Lee (dua kanan) menyampaikan bendera Sarawak kepada Malvern (dua kiri) disaksikan Wee (kiri) dan penasihat SBBA, Kapitan Desmond Thian.

KUCHING: Persatuan Bina Badan Sarawak (SBBA) me-letakkan harapan tinggi di bahu Dr Malvern Abdullah bagi membawa pulang kejuaraan pada Kejohanan Sukan Fizikal dan Bina Badan Asia Ke-48 yang akan berlangsung di Macau dari 26 Ogos hingga 1 September depan.

Sarawak pernah melahirkan tiga juara Mr Asia sebelum ini iaitu Solomon Ismanto, Bujang Taha dan Liaw Teck Liong. Liaw menjadi atlet bina badan terakhir memenangi gelaran tersebut lebih 20 tahun lalu.

Malvern, 39, pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Samarahan akan ber-saing dalam kategori bantam weight (60-65kg) dan beliau bakal berdepan saingan sen-git peserta Thailand, Kuwait dan Iran.

Beliau melayakkan diri setelah berjaya melepasi dua ujian dadah yang ditetapkan oleh Persekutuan Bina Badan Asia (ABBF). Ujian pertama dilaksanakan sebaik beliau memenangi gelaran Mr Ma-laysia, manakala ujian kedua dua minggu lalu.

“Kita tidak meletakkan sebarang sasaran terhadap Malvern agar beliau tidak tertekan. Tetapi, saya per-caya beliau mampu memberi persembahan terbaik kerana memiliki rekod cemerlang,” kata Presiden SBBA, Datuk Wee Hong Seng.

“Kita berharap beliau da-pat meraih keputusan terbaik pada kejohanan tersebut dan membawa kejayaan buat Sarawak dan Malaysia,” tam-bahnya.

Turut melahirkan sokongan terhadap Malvern, Menteri Muda Sukan Datuk Lee Kim Shin pada majlis penyerahan bendera di Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya kel-marin.

Beliau yang juga Menteri Muda Komunikasi berkata, Malvern dilihat berpotensi untuk menghadirkan sesuatu pada kejohanan peringkat antarabangsa.

“Beliau telah membuat persediaan dengan keras dan gigih selama ini. Saya yakin beliau mampu meraih pingat untuk Malaysia,” kata Lee.

Sementara itu, Malvern meletakkan sasaran untuk mara ke pusingan akhir dalam kategorinya dan menamatkan saingan dalam kelompok lima tempat terbaik.

Sekalipun mengaku agak gementar kerana ini kali per-tama beliau bersaing di arena antarabangsa, Malvern gem-bira setelah diberi peluang mewakili negara dan berjanji akan memberi aksi terbaik membantu membawa pulang gelaran buat Malaysia.

Beliau menjalani latihan sepenuh masa di Pheonix Gym dan merupakan rakan baik jaguh bina badan negara, Sazali Abdul Samad yang menjadi idolanya selama ini.

“Sazali merupakan peme-nang Mr Universe sebanyak sembilan kali dan lapan kali bagi Mr Asia. Saya amat mengagumi beliau,” katanya yang mula berjinak dalam sukan bina badan sejak 2004.

Sejak 2005, Malvern memenangi banyak gelaran pada kejohanan Mr Sarawak ter-masuk juara kategori bantam dari 2006-2011 dan kategori lightweight pada 2005, 2012 dan 2014.

Beliau juga merupakan juara keseluruhan Mr Sarawak sejak 2011 hingga 2013. Malvern meraih tempat kedua kategori bantam dan lightweight pada kejohanan Mr Malaysia pada 2008, 2012 dan 2013.

Usahanya yang cekal mem-bolehkan beliau dinobatkan juara kategori lightweight pada kejohanan sama tahun ini selain turut menggondol gelaran ‘best poser’ dan ‘Champion of Champions’.

Ayah kepada tiga orang anak itu turut memenangi gelaran Mr Gym 1Malaysia (bawah 65kg) pada 2014.

Selain Malvern, atlet negara yang turut serta pada kejo-hanan tersebut ialah rakannya, Buda Ancah yang mewakili Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Abdul Naim (Johor), Mohd Rozaimi (Pahang), Azahar Mohammad dan Ma-haiyan Rozmani mewakili PDRM dan Wong Hong (Kuala Lumpur).

Tidak ketinggalan tiga pe-serta yang akan bersaing dalam kategori ‘Body Physique’ dan seorang peserta wanita.

Advertisement