Anda di sini

Jenazah dibawa menaiki pesawat Charlie C130

Advertisement

Oleh Agnes Tugong

PENUH TERTIB: Anggota tentera Rejimen Kor Armor Diraja mengusung masuk keranda yang membawa jenazah Ariza dan anaknya Afif ke dalam van jenazah sebaik mendarat di Pangkalan Udara TUDM di Kuching semalam.

Dua menteri, kakak Ariza mengiringi jenazahnya serta anaknya, Afif dalam penerbangan dari KLIA

KUCHING: Jenazah Ariza Ghazalee, 46, dan anak sulungnya Muhammad Afif Tambi, 19, tiba di Pangkalan Udara Tentara Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini untuk disemadikan di tanah perkuburan Islam di Semariang, semalam.

Pesawat Charlie C130 milik TUDM yang membawa kedua-dua jenazah berkenaan mendarat kira-kira jam 2.17 petang semalam setelah berlepas kira-kira jam 11.30 pagi dari La-pangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Turut bersama dalam pe-sawat mengiringi kedua-dua jenazah ialah Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusuf dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim serta kakak Ariza, Madzalina Ghazalee.

Sebaik tiba di Pangkalan Udara TUDM, sepasukan anggota tentera dari Rejimen Keempat Kor Amor Diraja mengusung keluar keranda pertama yang membawa jenazah Ariza diikuti keranda kedua yang membawa jenazah anaknya Afif.

Selesai bacaan doa selamat oleh Ustaz Mustapa Kamal Ahmad Fauzi dari Pejabat Majlis Islam Sarawak, van yang membawa kedua-dua jenazah berangkat ke Masjid Jamek, Petra Jaya untuk disembahyangkan sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Semariang untuk dikebumikan.

SEBAK: Ahli keluarga dan saudara-mara menanti penuh kesedihan di Pangkalan Udara TUDM di Kuching semalam.

Turut hadir memberi peng-hormatan kepada kedua-dua jenazah di Pangkalan Udara TUDM semalam, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pem-bangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman serta Timba-lan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi.

Ibu Ariza, Dayang Jami-lah Noriah Abang Anuar, 72, serta ahli keluarga dan sanak saudara dari kedua-dua pihak keluarga turut berada di Pangkalan Udara TUDM menanti ketibaan kedua-dua jenazah berkenaan.

Mengimbas kembali in-siden penuh tragik itu, pe-sawat yang dinaiki mangsa terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai selepas ditem-bak jatuh dalam perjalanan dari Amsterdem ke Kuala Lumpur.

Ariza bersama suaminya Tambi Jiee, 49, dan empat orang anak mereka Muhammad Afif, Muhammad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhammad Afruz, 13, antara yang terkor-ban dalam tragedi itu.

Advertisement