Anda di sini

FAS tidak jual tiket kepada penyokong Perak

Advertisement

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) tidak akan menjual tiket kepada penyokong Perak bagi menyaksikan perlawa-nan pusingan kedua Piala Malaysia antara kedua-dua pasukan yang akan berlangsung di Stadium Neg-eri pada 30 Ogos ini.

Presiden FAS, Datu Sudar-sono Osman berkata ara-han itu dikeluarkan bagi mengelak se-barang insid-en buruk berlaku terha-dap mereka susulan insiden lima penyokong Sarawak dibelasah di Ipoh, Rabu lalu.

“Saya telah mengeluarkan arahan agar tidak menjual sebarang tiket kepada penyokong Perak kerana khuatir kita tidak dapat menjamin keselamatan mereka di sini.

“Keputusan ini diambil untuk ke-baikan bersama dan saya akan me-maklumkannya kepada Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Sudarsono yang juga Naib Presi-den Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjelaskan, FAS juga akan menghantar surat kepada FAM dan PAFA bagi menyuarakan rasa tidak puas hati serta mendapatkan penjelasan mengenai insiden terse-but.

“Saya amat terkejut apabila dimaklumkan mengenai insiden tersebut dan bagi FAS, saya tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku terhadap penyokong Sarawak.

“Setahu saya, penyokong kita tidak pernah menimbulkan se-barang masalah ketika menyaksikan perlawanan di tempat lawan.

“Malah, kita juga memberi lay-anan yang baik kepada penyokong lawan setiap kali mereka bertan-dang ke tempat kita,” jelas Sudar-sono yang juga pengurus skuad negara.

Bagaimanapun, beliau enggan memberi sebarang komen ber-hubung dakwaan pemain tengah, Junior Eldstal dihina dengan kata-kata berbaur perkauman oleh pemain Perak dalam perlawanan tersebut.

“Saya akan mendapatkan pen-jelasan lanjut daripada jurulatih Robert (Alberts) mengenai perkara tersebut,” tambahnya.

Dalam insiden itu, lima penyokong Sarawak dari kelab penyokong ‘GB13’ dipercayai dibelasah oleh sebahagian penyokong Perak di luar stadium selepas menyaksikan perlawanan kedua-dua pasukan.

Insiden itu menimbulkan kema-rahan penyokong di sini selepas dimuat naik dalam laman media sosial.

Salah seorang mangsa mendakwa penyokong Perak turut meng-hamburkan kata-kata menghina dan berbaur perkauman terhadap mereka.

Advertisement