Anda di sini

RTM siar secara langsung istiadat penghormatan jenazah

Advertisement

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan mengadakan siaran langsung ‘Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17’ di pekarangan Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), mulai jam 7.30 pagi, Jumaat ini.

Saluran Radio RTM iaitu NasionalFM, TRAXXfm, AiFm dan MINNALfm akan turut membuat liputan.

Bahagian Berita Ehwal Semasa, Jabatan Penyiaran Malaysia, dalam satu kenyataan semalam berkata, siaran langsung itu melibatkan upacara ketibaan jenazah dari Amsterdam, Belanda, diikuti upacara penghantaran jenazah melalui udara ke negeri-negeri di luar Lembah Klang dan jalan darat untuk pengebumian jenazah sekitar Lembah Klang.

“RTM sedaya upaya akan membawa siaran langsung upacara pengebumian di sekitar Lembah Klang dan Kuching, Sarawak serta beberapa lokasi lain yang terlibat dengan upacara pengebumian jenazah,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut RTM akan mengadakan ‘grandstand’ sebelum jenazah tiba dengan beberapa pengisian termasuk laporan khas tragedi MH17 dan usaha diplomasi Malaysia untuk membolehkan semua jenazah penumpang dan anak kapal warga Malaysia dibawa balik untuk dikebumikan. — Bernama

Advertisement