Anda di sini

ADUN Pengkalan Kubor meninggal dunia akibat kanser hati

Advertisement

KOTA BAHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, semalam.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tumpat Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz berkata Noor Zahidi, 57, meninggal dunia pada jam 5.45 pagi waktu Malaysia.

Allahyarham yang disah-kan menghidap kanser hati pada Mei lepas, mendapat-kan rawatan di Guangzhou kira-kira dua minggu lalu, katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mohd Rosdi berkata antara yang turut berada di sisi Allahyarham ketika meng-hembuskan nafas terakhir ialah isterinya Datin Siti Mona Abdul Kadir.

Allahyarham meninggal-kan seorang isteri dan 12 orang anak.

Beliau berkata Penge-rusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Luar sedang berusaha untuk mempercepatkan proses membawa pulang jenazah untuk dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat.

Noor Zahidi menjadi ADUN Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan Ketua UMNO  Bahagian Tumpat selama empat penggal.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, Noor Zahidi yang mewakili Barisan Nasional (BN) mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saharun Ibrahim  dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Noor Zahidi memperoleh 10,174 undi, Saharun (8,438 undi) dan Izat Bukhary (65 undi). — Bernama

Advertisement