Anda di sini

Upacara keagamaan untuk lima mangsa nahas MH17

Advertisement

THE HAGUE: Jenazah lima mangsa nahas Malaysia Airlines MH17 warga Malaysia disempurnakan mengikut kepercayaan agama Buddha di sebuah pusat pengurusan mayat di sini pada pagi Selasa.

Upacara di bangunan Monuta Innemee, S-Gravenhage bermula 8 pagi itu diketuai sami-sami Buddha dengan kehadiran kira-kira 100 anggota keluarga mangsa dan beberapa persatuan Buddha tempatan.

Susulan itu, upacara pembakaran mayat berlangsung di bandar Zoetermeer, terletak kira-kira 26 kilometer dari rumah mayat berkenaan.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong menyifatkan upacara semalam berjalan lancar seperti dirancang.

“Keluarga tidak perlu bimbang kerana ia dijalankan mengikut apa yang telah dipersetujui sebelum ini.

“Kita sentiasa berusaha beri yang terbaik dan penuhi permintaan mereka,” katanya kepada media Malaysia sejurus selesai upacara berkenaan.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal, dipercayai ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lalu. — Bernama

Advertisement