Anda di sini

Tagih sentuhan Griffiths

Advertisement

Oleh Mahathir Haroun//

Alberts yakin penggempur dari Australia itu mampu robek gawang Perak malam ini

KUCHING: Sentuhan pemusnah penyerang import dari Australia, Ryan Griffiths terus ditagih untuk merobek gawang Perak dalam aksi Kumpulan B Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Ipoh malam ini.

Selepas menjaringkan dua gol dalam perlawanan pertama menentang Terengganu sebelum ini, Griffiths akan sekali lagi diberi tanggungjawab sebagai penyerang tunggal Sarawak.

Selain Griffiths, barisan penggempur Sarawak akan digalas ketua pasukan, Joseph Kalang Tie dan Mohd Rashid Aya.

Berdasarkan persembahan yang ditampilkan dalam perlawanan pertama, ketua jurulatih Sarawak, Robert Alberts melahirkan rasa yakin Griffiths mampu sekali lagi meledak jaringan dalam pertembungan menentang Perak.

Bagaimanapun menurutnya, bergantung sepenuhnya kepada Griffiths mungkin akan mendatangkan masalah, justeru semua pemain perlu bermain mengikut perancangan.

“Kita merupakan sebuah pasukan, masalah mungkin akan timbul jika kita hanya bergantung dengan seorang pemain sahaja.

“Saya berharap pemain lain seperti Joseph dan Rashid dapat memainkan peranan untuk menjaringkan gol,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanapun Alberts tidak memandang rendah kemampuan Perak kerana pasukan tersebut mengalahkan Sarawak 4-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Ipoh dalam saingan Liga Super sebelum ini.

“Di hadapan penyokong sendiri, Perak agak kuat. Jadi kita perlu lebih berhati-hati dan tidak melakukan kesilapan mudah,” ujarnya.

Sesuatu yang menggembirakan bagi Sarawak, pertahanan kentalnya Ronny Harun akan beraksi selepas digantung perlawanan dalam perlawanan pertama.

“Kehadiran Ronny memang tonik tambahan kepada k i t a untuk memperkuatkan benteng pertahanan.

“Pengalaman beraksi bersama skuad kebangsaan pasti memberi kelebihan kepada Ronny untuk beraksi lebih baik,” jelasnya.

Ronny akan bergandingan bersama Gabor Gyepes di posisi pertahanan tengah Sarawak bagi mengekang asakan penyerang Perak yang diterajui Milan Purovic.

Perlawanan seterusnya menyaksikan Sarawak menanti kunjungan Kedah di Stadium Negeri pada 23 Ogos.

Advertisement