Anda di sini

Kemelut MB Selangor jejas rakyat, ekonomi

Advertisement

KUALA LUMPUR: Kemelut politik Selangor yang melibatkan kedudukan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bukan sahaja meresahkan rakyat malah boleh memberi kesan kepada ekonomi negeri itu.

Penganalisis ekonomi me-rangkap Rektor Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Prof Datuk Mohd Yusof Kasim berkata ekonomi negeri Selangor mungkin menjadi tidak seimbang berikutan konflik perebutan jawatan menteri besar di negeri termaju di Malaysia itu.

“Kesan terhadap ekonomi Selangor akan berlaku namun hanya bersifat sementara dalam jangka masa yang pendek sehingga pentadbiran baru mengambil alih Sela-ngor kelak,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini semalam.

Katanya, keadaan itu bagai-manapun bergantung pula kepada siapa yang akan mengambil alih jawatan menteri besar sama ada terdiri daripada individu yang mahir dari segi ekonomi atau sebaliknya.

“Jika menteri besar yang baharu seorang yang mahir selok-belok ekonomi maka keadaan ekonomi Selangor akan kembali stabil namun jika sebaliknya, mereka perlu menubuhkan satu jawatankuasa penasihat khas pula,” katanya.

Beliau berkata, keadaan semasa politik Selangor ini akan menyebabkan pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat kerana mereka akan berasa ragu sehingga mereka mengetahui siapa yang akan menggantikan menteri besar.

Jika pelabur masih berasa kurang yakin dengan pimpinan baharu Selangor maka mereka dijangka beralih ke negeri-negeri lain yang lebih stabil keadaan politiknya.

Pandangan Mohd Yusof turut dikongsi Dekan Kolej Undang-Undang dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed yang berpendapat bahawa pelaburan asing mungkin terhenti seketika di Selangor apabila keadaan politik menjadi tidak stabil.

“Pelabur akan mengambil langkah berjaga-jaga dengan menunggu dan melihat sejauh mana konflik ini berlangsung kerana antara faktor yang mendorong mereka menjalankan pelaburan adalah kestabilan politik,” katanya.

Beliau berkata secara tidak langsung masyarakat diheret sama dalam konflik pere-butan menteri besar kerana kepentingan mereka mungkin terjejas apabila pentadbiran kerajaan negeri menjadi kucar-kacir.

Katanya, keadaan menjadi lebih buruk apabila ada anggota Majlis Mesyua-rat Kerajaan Negeri (exco) yang dipecat dan seterusnya menimbulkan masalah dari segi pentadbiran peringkat negeri.

Krisis Menteri Besar Sela-ngor bermula apabila Abdul Khalid dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 9 Ogos lepas kerana tidak menurut arahan parti supaya meletakkan jawatan.

Abdul Khalid pula, yang mengekalkan jawatan Menteri Besar selepas mendapat per-kenan daripada Sultan Sela-ngor Sultan Sharafuddin Idris Shah, memecat lima anggota exco Kerajaan Negeri daripada DAP dan PKR pada 12 Ogos lepas apabila mereka enggan menyokong kepimpinannya. — Bernama

Advertisement