Anda di sini

Istiadat penghormatan jenazah negeri Perak belum diputuskan

Advertisement

IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata istiadat penghormatan penerimaan jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 peringkat negeri pada Jumaat ini masih belum diputuskan.

Beliau berkata ini kerana kerajaan kerajaan negeri perlu mengambil kira keputusan daripada keluarga mangsa terlebih dahulu.

“Mungkin ada keluarga yang mahu jenazah terus dibawa ke kawasan masing-masing untuk disemadikan atau mengadakan sedikit upacara di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) peringkat negeri di sini, semalam.

Katanya kerajaan negeri juga sedang menunggu makluman terakhir daripada kerajaan pusat berhubung ketibaan jenazah mangsa nahas di negeri ini.

Difahamkan terdapat tiga jenazah rakyat negeri Perak termasuk dalam 22 jenazah mangsa MH17 yang dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dari Amsterdam, Belanda pada jam 10 pagi Jumaat ini. — Bernama

Advertisement