Anda di sini

Penyertaan pertandingan LSFUS masih dibuka

Advertisement

MIRI: Penyertaan bagi pertandingan Liga Sukan Futsal Untuk Semua (LSFUS)yang dijadualkan berlangsung pada 28 sehingga 31 Ogos ini di Stadium Tertutup Miri masih terbuka kepada orang awam.

Jurucakap penganjur, Lee Joon Siong berkata lebih 80 borang telah diedarkan namun pihaknya masih menanti pasukan-pasukan lain untuk mengesahkan penyertaan.

Setakat ini katanya, kirakira 20 pasukan sudah mengesahkan tempat manakala selebihnya masih menunggu pasukan lain untuk menghantar borang penyertaan.

Pertandingan itu mempertaruhkan dua kategori masing-masing kategori lelaki dan wanita (minima empat pasukan) dan ia adalah anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri.

Johan, naib johan dan tempat ketiga kategori lelaki masing-masing menerima RM1000, RM500 dan RM300 bersama satu piala dan medal iringan sementara tempat keempat menerima medal.

Bagi kategori wanita pula, johan menerima RM500 bersama piala dan medal iringan manakala naib johan dan tempat ketiga menerima RM300 dan RM200 serta piala dan medal iringan.

Pertandingan itu terbuka kepada semua pasukan agensi- agensi kerajaan, swasta, pertubuhan atau kelab-kelab futsal sekitar Miri.

Ia dianjurkan bertujuan untuk mempromos ikan sukan futsal sebagai gaya hidup sihat selain mengeratkan perpaduan di kalangan pemain.

Yuran penyertaan bagi kategori lelaki terbuka dan wanita terbuka masing-masing ialah RM130 manakala tarikh tutup penyertaan serta cabutan udi akan dibuat pada 25 Ogos.

Sebarang keterangan lanjut, pasukan yang berminat boleh menghubungi Lee Joon Siong ditalian 012- 8041199 atau 085-422333.

Advertisement