Anda di sini

Empire Fashion jawab kemusykilan pelajar pilih pakaian ke kuliah

Advertisement

KUCHING: Empire Fashion melancarkan pembukaan cawangan ketiga di timur negara ini semalam bertempat di Aras 2, The Summer Mall, Kota Samarahan dekat sini.

Dengan dua cawangan di Miri, Pengarah Urusan Empire Fashion ‘King’ Ong Kong Pin memberitahu bahawa pihaknya menyasarkan pakaian kuliah bagi golongan pelajar dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

“Kita sebenarnya memahami keperluan terapi membeli-belah untuk para pelajar tanpa perlu membelanjakan banyak wang untuk ke kuliah, namun berpatutan untuk dimiliki.

“Bagaimanapun penuntut insitusi berkenaan dialu-alukan untuk membeli-belah di kedai kami kerana mempercayai sesiapa sahaja boleh memilikinya,” kata Ong.

Sementara itu, beliau juga mengumumkan pihaknya mengadakan promosi khas untuk majlis pembukaan.

“Kedua-dua hari (semalam dan hari ini) kita akan mempunyai promosi istimewa sempena pembukaan besar kami, sekiranya pelanggan membelanjakan RM30 ke atas dalam satu resit, mereka layak untuk menyertai cabutan bertuah.

“Hadiah-hadiah cabutan bertuah terdiri daripada sama ada percuma pembelian dengan diskaun 10 peratus, 20 peratus, 30 peratus, 50 peratus,” kata Ong.

Empire Fashion juga mempunyai lebih 50 cawangan di barat negara ini.

Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Pengarah Jualan Empire Fashion Harun Tay, Pengurus Besar Empire Fashion Sarawak Terry Koh dan Pengarah Urusan Summer Mall, Dato Lee Chee Fui.

Advertisement