Anda di sini

Bolt tangguh rancangan persaraan sehingga 2017

Advertisement

RIO DE JANEIRO, Brazil: Superstar pecut Usain Bolt mendedahkan Jumaat lepas bahawa dia akan menang­guhkan rancangan untuk bersara sehingga 2017 atas permintaan penaja-pena­janya.

Pemenang pingat emas Ol­impik sebanyak enam kali itu dan pemegang rekod dunia dalam acara 100 meter dan 200 meter sebelum ini ber­hasrat untuk bersara dari trek selepas Olimpik Rio pada 2016 tetapi dia memberitahu satu sidang akhbar Jumaat lepas bahawa dia akan terus bertanding selama se­tahun lagi.

“Saya rasa saya akan bertanding selama se­tahun lagi. Penaja saya meminta saya bertand­ing selama setahun lagi, jadi saya akan bertanding sehingga 2017,” kata atlet Ja­maica berusia 27 tahun itu.

Jika dia mengikuti rancan­gannya itu, maka pertandin­gan terakhir Bolt kemung­kinan kejohanan dunia pada 2017 di London. — AFP

Advertisement