Anda di sini

Skuad judo Sarawak menerima suntikan moral daripada Jepun

Advertisement

TERIMALAH: Francis (barisan depan empat kiri) menyampaikan cenderamata kepada Kawamoto sambil disaksikan Yap (kiri) dan Anderson (kanan) pada klinik judo di Sekolah Chung Hua No.1 semalam.

KUCHING: Skuad judo Sarawak menerima suntikan moral setelah dikunjungi empat ahli Persatuan Judo Hiroshima yang berpangkalan di Jepun selama dua hari.

Rombongan diketuai Ka-wamoto Hiroshi itu bertujuan menyediakan klinik asas judo kepada atlet-atlet Sarawak khu-susnya bagi mereka yang baharu menceburi sukan itu.

Beliau turut ditemani Ka-wamoto Shigeru, Kawamoto Hiroko, Kawamoto Ryo dan Kawamoto Ai.

Ini adalah kali kedua Ka-wamoto, 49, tiba di Sarawak selepas beliau menderma paka-ian judo dan peralatan katami kepada Persatuan Judo Sarawak (PJS) pada 2013.

Pemegang tali pinggang Dan keenam itu merupakan jurulatih kepada Hiroaki Hiraoka, peme-nang pingat perak bagi kategori bawah 60kg pada Sukan Ol-impik 2012 di London.

Di bawah kendaliannya, Per-satuan Judo Hiroshima telah banyak melahirkan atlet judo yang berjaya mencipta nama dan semakin meningkat naik di Jepun.

Presiden PJS, Francis Chan berkata Kawamoto sangat komited dalam usahanya mem-bantu membangunkan sukan judo di Sarawak.

“PJS ingin merakamkan terima kasih kepada Kawamoto dan Persatuan Judo Hiroshima kerana sudi datang ke Sarawak untuk melatih atlet-atlet neg-eri.

“Kita juga berasa terharu ker-ana ini adalah kali kedua beliau datang ke sini dengan niat untuk membantu mengembangkan sukan judo di Sarawak,” katanya semasa hadir menyaksikan klinik tersebut di Sekolah Chung Hua No.1 di sini semalam.

Sehubungan itu, Francis memastikan hubungan erat antara PJS dan Persatuan Judo Hiroshima terus berkekalan agar Sarawak dapat melahir-kan lebih ramai atlet judo yang berjaya.

Katanya, klinik yang berakhir semalam itu sangat berguna khususnya sebagai pendedahan bagi atlet bayangan SUKMA 2015 Sarawak.

Ini tambahnya dapat mem-bantu PJS memantapkan perse-diaan Sarawak bagi menghadapi temasya yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun depan.

Hadir sama Pengetua Sekolah Chung Hua No.1, Yap Chong Guan dan jurulatih Sarawak, Anderson Venus.

Advertisement