Anda di sini

Lapangan terbang di Kulim disokong pembangkang

Advertisement

JITRA: Hasrat Kedah untuk memiliki sebuah lapangan terbang antarabangsa di Kulim dilihat mendapat sokongan hampir semua pihak termasuk wakil rakyat pakatan pembangkang di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kesepakatan itu amat penting bagi meyakinkan kerajaan pusat untuk membantu memastikan hasrat rakyat Kedah berhubung perkara berkenaan menjadi kenyataan.

“Saya berterima kasih kepada semua termasuk pembangkang. Apa yang diungkapkan (semasa persidangan Dewan Undangan Negeri) sebenarnya menyokong hasrat kerajaan negeri untuk membina lapangan terbang antarabangsa ini.

“Kalaupun ada pandangan (daripada pembangkang) ialah untuk memastikan ia tidak menjadi projek ‘Gajah Putih’ seperti yang berlaku di negeri lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Usahawan Jerlun dan Jamuan Hari Raya di Sekolah Kebangsaan Putat dekat sini semalam.

Persidangan Dewan Unda-ngan Negeri Kedah baru-baru ini menyaksikan Ketua Pembangkang Datuk Ir Amiruddin Hamzah menyokong pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Kulim sekali gus menunjukkan cadangan kerajaan itu mendapat per-hatian mereka meskipun berbeza fahaman politik.

Mukhriz berkata panda-ngan serta pesanan pembangkang amat dihargai dan kerajaan negeri akan memastikan projek yang mampu mempertingkat ekonomi Kedah itu tidak akan gagal.

“Saya rasa dengan soko-ngan semua pihak, termasuk pembangkang, Kedah bersatu dalam hal ini, tidak ada yang membangkang atau membantah. Ini merupakan satu prasyarat kalau nak yakinkan kerajaan pusat, biarlah kita ada kesepakatan 100 peratus dalam kalangan rakyat yang diwakili ADUN masing-ma-sing,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, pihaknya difahamkan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara sudah memohon sedikit bajet daripada Unit Perancang Ekonomi bagi menjalankan kajian kebolehlaksanaan terhadap projek berkenaan.

“Saya kira dalam masa terdekat (permohonan bajet) dapat diluluskan dan Kementerian Pengangkutan juga berminat untuk menjalankan kajian kemungkinan mereka sendiri, dan ini membuktikan sudah ada minat dalam kalangan bukan hanya agensi bertanggungjawab di zon utara, tapi di pihak kerajaan pusat sendiri untuk melihat dengan lebih mendalam lagi projek ini.

“Sekarang, faktor ditekan-kan dari segi kebolehlaksanaan ialah kewangan kerana kita tahu ini bukan masa untuk berbelanja lebih daripada kemampuan.

Mungkin banyak kaedah boleh kita terokai, termasuk penglibatan pihak swasta dalam projek ini, sama ada dalam bentuk perkongsian antara kerajaan dengan swasta ataupun sepenuhnya pembiayaan swasta,” katanya. — Bernama

Advertisement