Anda di sini

Kelantan diminta mohon bajet kebudayaan dan pelancongan RMK11

Advertisement

BACHOK: Kerajaan Negeri Kelantan diminta membuat permohonan bajet untuk projek pelancongan dan kebudayaan bagi dilaksanakan di negeri itu di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata beliau telah menemui Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob pada Rabu lepas supaya membuat permohonan itu kepada kerajaan pusat.

“Kelantan sepatutnya mendapat peruntukan lebih besar memandangkan ia mempunyai banyak produk yang berpotensi diketengahkan kepada pelancong,” kata-nya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri dan pelancaran logo baharu program inap desa di Kampung Kubang Telaga di sini semalam.

Mohamed Nazri berkata produk pelancongan dan kebudayaan yang berpotensi itu perlu dibangunkan untuk menarik pelancong domestik dan antarabangsa melawat negeri ini.

“Ia termasuk produk makanan yang sudahpun terkenal seperti nasi kera-bu, nasi dagang, ketupat sotong selain pantai yang menarik terutama Pantai Cahaya Bulan, Pantai Irama dan Pantai Bisikan Bayu,” katanya.

Menteri itu berkata per-untukan yang disediakan kerajaan pusat kepada Ke-lantan sebelum ini, contohnya RM13 juta tahun ini, tidak mencukupi bagi memajukan industri itu.

Dalam pada itu, Mohamed Nazri berkata tujuh projek inap desa di Kelantan akan dinaik taraf bagi menarik lebih ramai pengunjung.

Kerajaan, katanya, mahu lebih banyak projek seumpama itu dibangunkan di kampung kerana ia memberi pulangan lumayan secara terus kepada penduduk setempat. — Bernama

Advertisement