Anda di sini

Enam sekelurga hilang tempat tinggal dalam kebakaran

Advertisement

KUANTAN: Enam sekeluarga hilang tempat tinggal setelah rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Kurnia di Batu 3 di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengah hari itu, sebuah kereta Proton Iswara dan sebuah motosikal Honda Wave turut musnah dijilat api.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang Anuar Hassan berkata, semasa kejadian, tuan rumah Kamarudin Mad dan isteri-nya, Adisa Saimi masing-masing berusia 54 tahun, serta dua anak lelaki mereka yang berusia 17 dan 20 tahun tidak berada di rumah.

“Hanya dua anak lelaki pa-sangan tersebut yang berusia 21 dan tujuh tahun berada di rumah ketika kebakaran berlaku, namun mereka berjaya menyelamatkan diri dan mendapatkan pertolongan sebaik menyedari kebakaran berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata, bomba me-nerima pangilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 12.43 tengah hari semalam dan se-ramai 12 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan bersama dua jentera bergegas ke tempat kejadian dan api berjaya dipadamkan kira-kira 2.33 petang.

Katanya, siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas dan jumlah ke-rugian dianggar mencecah RM70,000. — Bernama

Advertisement