Anda di sini

Van Gaal berdepan ujian sebenar di Swansea

Advertisement

Kembalikan United di hierarki tertinggi bola sepak Inggeris menjadi misi utamanya

LONDON, England: Prestasi pramusim Manchester United adalah menggalakkan tetapi proses pemulihan semula di bawah bimbingan pengurus baharu, Louis van Gaal, akan diuji sebenarnya Sabtu ini apabila memulakan musim baharu Liga Perdana Inggeris menentang Swansea City di Old Trafford.

Van Gaal, di mana reputasi pengurusan beliau termasuk kejuaraan liga di Belanda, Sepanyol dan Jerman, berdepan dengan apa yang dilihat tugas paling sukar beliau setakat ini iaitu untuk mengembalikan kedudukan United di hierarki tertinggi bola sepak Inggeris.

Kejuaraan ke-20 United pada musim terakhir Sir Alex Ferguson bagaimanapun diikuti dengan pencapaian terburuk kelab apabila jatuh ke tangga ketujuh – pencapaian terburuk sejak beberapa tahun apabila pengganti yang dipilih sendiri oleh Ferguson, David Moyes, gagal mengekalkan kegemilangan yang sama.

Satu-satu cara yang pasti ialah melonjak ke hadapan, dan di bawah van Gaal, walaupun bagaimana pantas dan tinggi desakan untuk dengan segera melaksanakan corak permainan beliau dalam skuad yang masih kurang kualiti di beberapa bahagian walaupun membelanjakan 56 juta pound setakat ini.

Perlawanan menentang Swansea City, yang memul akan mus im keempat mereka dalam Liga Perdana dengan bekas pemain pe r t ahana n kelab, Gary Monk kini me n j a d i pengurus, seharusn y a memberikan United pendahuluan awal dalam liga walaupun juara bertahan, Manchester City dan Chelsea, berazam untuk memberikan saingan yang kuat pada perlawanan di tempat lawan.

City bertandang ke Newcastle United pada hari Ahad sementara Chelsea bertandang di Burnley pada hari Isnin.

Seperti van Gaal dan penyerang Chelsea, Diego Costa, penyerang Alexis Sanchez juga akan merasai pengalaman baharu dalam Liga Perdana bersama Arsenal, yang memulakan perlawanan menentang Crystal Palace.

Liverpool, naib juara liga musim lepas, memulakan musim baharu tanpa penyerang kontroversinya, Luis Suarez dengan perlawanan menentang Southampton di Anfield tetapi skuad itu sudah membeli Rickie Lambert, Adam Lallana dan Dejan Lovren, hasil penjualan Suarez ke Barcelona.

Tottenham Hotspur memulakan satu lagi babak baharu mereka dengan perlawanan di West Ham United dengan dibimbing pengurus baharu, Mauricio Pocchetino sementara Everton, bertandang ke pendatang baharu liga, Leicester City.

United menewaskan juara Eropah, Real Madrid dan juga Liverpool, 2-1 semasa jelajah pramusim di Amerika Syarikat, selain kemenangan 2-1 ke atas Valencia 2-1 Selasa lepas untuk persiapan terakhir sebelum bermulanya musim baharu, di mana penyerang United, Wayne Rooney, dilantik sebagai kapten pasukan.

Dengan semangat baharu bakal muncul dari Rooney dan juga rakan penyerangnya, Robin van Persie dijangka menyumbang gol, dengan kekurangan pemain kreatif di bahagian tengah United, yang begitu jelas musim lepas, mungkin diselesaikan dengan kehadiran Ander Herrera dari Athletic Bilbao.

Van Gaal tahun permulaan segera adalah penting untuk mencabar empat tempat teratas liga dan percaya keyakinan adalah tinggi di kelab untuk perlawanan menentang Swansea walaupun beliau ada memberikan amaran awal kepada penyokong kelab.

“Mereka (penyokong) mempunyai jangkaan yang tinggi dan anda tidak dapat mengubah semuanya dalam masa tiga atau empat minggu,” kata beliau, dengan kelab tidak akan terlibat dengan mana-mana kejohanan di Eropah musim ini.

“Dan pemain juga tidak dapat berubah.  Kami harus tunggu dan lihat.  Kami memerlukan masa tetapi kami sudah memenangi semua perlawanan sehingga sekarang dan ia sesuatu yang hebat apabila anda melihat siapa lawan kami.

Kami mempunyai keyakinan yang tinggi untuk perlawanan menentang Swansea City.

” Ketika United masih menjangkakan untuk menambah pemain baharu sebelum pasaran perpindahan ditutup pada 1 September, Chelsea dan City kelihatan sudah menamatkan urusan perpindahan mereka.

Costa, yang membantu Atletico Madrid memenangi kejuaraan La Liga Sepanyol musim lepas, menjaringkan dua gol pada perlawanan persahabatan terakhir menentang Real Sociedad di Stamford Bridge Selasa lepas, dengan pengurusnya, Jose Mourinho dijangka menurunkan kesebelasan utama yang sama pada perlawanan menentang Burnley Isnin ini.

Mourinho, pada penggal kedua sebagai pengurus Chelsea, percaya Costa akan mengambil sepenuh kesempatan dengan corak permainan lasak dan pantas dalam bola sepak Inggeris.

“Ia tentang tugasnya membantu pertahanan, mentaliti dan cita-cita,” kata beliau.

“Ini adalah pemain yang kami bawa dan kami tunggu sejak musim lepas.  Kerana itu kenapa kami tidak membeli penyerang pada pasaran perpindahan bulan Januari.  Kami menunggu beliau dan saya berharap semuanya berjalan lancar. ” — Reuters

Advertisement