Anda di sini

Banyak perkara belum selesai, saya teruskan kerja, tegas Rashid

Advertisement

KUALA LUMPUR: Rashid Sidek belum berhasrat meletakkan jawatan sebagai jurulatih perseorangan lelaki negara meskipun dikritik susulan kegagalan perseorangan lelaki membawa pulang pingat emas pada Sukan Komanwel di Glasgow bulan lepas.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan Rashid mahu meletakkan jawatan di Persatuan Badminton Malaysia (BAM) namun atas alasan ‘banyak perkara belum selesai’, beliau menggubah pendirian untuk kekal sebagai jurulatih.

Katanya, beliau mahu memberi tumpuan terhadap persiapan pemain ke Kejohanan Badminton Dunia BWF pada hujung bulan ini dan Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan pada September.

“Saya akan teruskan kerja saya dan kekal di BAM. Memang diikutkan banyak masalah belum selesai lagi… terutamanya membantu pemain mempersiapkan diri ke Kejohanan Dunia dan Sukan Asia tahun ini dan itu matlamat saya.

“Sebagai seorang profesional saya akan teruskan kerja saya dengan penuh komitmen. Buat masa sekarang, semangat pemain dan kerjasama dengan jurulatih dalam keadaan baik.

“Saya harap persiapan ini akan lebih teliti dari segi ketahanan mental dan kemahiran,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Stadium Juara, Bukit Kiara, di Kuala Lumpur semalam. — Bernama

Advertisement