Anda di sini

Anggota exco PAS letak jawatan jika Abdul Khalid lantik ADUN UMNO

Advertisement

SHAH ALAM: PAS Se-langor akan keluar daripada pentabiran kerajaan negeri Selangor jika Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melantik Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO untuk menyertai exco kerajaan negeri.

Pesuruhjaya PAS Sela-ngor Iskandar Abdul Samad berkata buat masa ini PAS masih sebahagian daripada parti komponen dalam pakatan pembangkang dan akan menjaga kepentingannya dalam kerajaan negeri itu.

“Kami masih membawa semangat Pakatan Rakyat dan berpegang kepada prinsip-prinsipnya.

“PAS juga tidak akan menuntut ADUN PAS dilantik sebagai exco (dalam pentabiran kerajaan negeri Selangor sekarang),” kata-nya dalam satu kenyataan semalam.

Abdul Khalid yang di-pecat sebagai anggota PKR dilaporkan berkata pihak-nya masih boleh menerus-kan pentadbiran kerajaan negeri bersama empat exco PAS. — Bernama

Advertisement