Anda di sini

SPRM sahkan terima laporan ‘salah laku’ MB Selangor

Advertisement

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Ope-rasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mohd Shukri Abdul berkata pihaknya telah menerima laporan berkaitan isu salah laku terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

SPRM, katanya, akan meneliti perkara berkenaan.

Mohd Shukri tidak pula menyatakan pihak yang mengemukakan laporan itu.

“Kita akan tengok laporan itu, soal siasat tak siasat saya tak nak komen apa-apa, kerana ini isu politik dan tak sesuai SPRM terlibat dalam isu ini,” katanya.

Mohd Shukri menyatakan demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan Laporan Tahunan SPRM 2013 dan Ulasan 2013 Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed, di bangunan Parlimen di sini, semalam.

Laporan itu dikemukakan oleh Abu Kassim kepada Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Turut hadir anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) antaranya anggota Parlimen Indera Mahkota Datuk Fauzi Abd Rahman dan anggota Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw. — Bernama

Advertisement