Anda di sini

Regata Sarawak kurang mendapat sambutan?

Advertisement

KUCHING: Perubahan peraturan Regata Sarawak 2014 membenarkan pekayuh tempatan sementara pekayuh luar negara terlibat dengan acara tertentu menyebabkan sukan air tradisi itu kurang mendapat sambutan.

Jika tahun lalu sebanyak 559 penyertaan diterima, namun kali ini berkurangan kepada 245 penyertaan diterima untuk 17 kategori berlangsung dari 4 hingga 7 September depan.

Sebelum ini, perlumbaan terbuka kepada semua pekayuh namun peraturan baharu itu kurang menarik dan menyebabkan kebanyakan pasukan tidak begitu berminat.

Penglibatan pekayuh luar negara sebenarnya lebih mencuri tumpuan terutamanya menjadi perlumbaan lebih hebat.

Ada antara pasukan mendakwa tidak diberitahu mengenai peraturan baharu itu.

Peraturan baharu itu juga mendatang masalah kepada pasukan bertanding kerana sudah melakukan persiapan awal termasuk bersama pekayuh luar negara.

Advertisement