Anda di sini

Larian Fun Run sempena sambutan kemerdekaan

Advertisement

BETONG: Jawatankuasa sambutan Hari Kemerdekaan Bahagian Betong 2014 menganjurkan Larian Fun Run sempena sambutan kemerdekaan ke-57 di Kompleks Sukan Betong.

Program itu merupakan salah satu aktiviti dalam sambutan yang telah ditetapkan pada 31 Ogos ini.

Menurut Pegawai Penguasa, Pejabat Pembangunan Sosial (PPS) Betong, Awang Mazlan Awang Majid acara tersebut dibahagi kepada beberapa kategori merangkumi terbuka, berkumpulan, berkeluarga, ketua jabatan, warga emas dan OKU.

Katanya, untuk kategori terbuka lelaki/wanita, peserta perlu mengharungi larian sejauh lapan kilometer.

Bagi kategori berkumpulan untuk Jabatan Kerajaan/ Swasta/IPTA/ IPTS/ Sekolah/ NGO, peserta perlu membentuk pasukan minima seramai lima orang sepasukan dan akan mengharungi larian sejauh lima kilometer.

Seterusnya untuk kategori berkeluarga, peserta wajib menyenaraikan minima seramai tiga orang bagi membentuk pasukan dan akan mengharungi larian sejauh 2.5 kilometer.

Selain itu, kategori ketua jabatan termasuk kakitangan perlu manamatkan larian sejauh 2.5 kilometer selain kategori warga emas dan OKU ditetapkan jarak sejauh satu kilometer.

“Kita mengharapkan penyertaan ramai dan mensasarkan pasukan dari semua pihak individu, mahupun peserta berkeluarga dan jabatan-jabatan di sini untuk turut serta dalam program sambutan kemerdekaan tahun ini.

“Di samping itu, mengeratkan silaturahim antara peserta mengambil bahagian sambil beriadah bersama keluarga dalam menyambut kemerdekaan,” katanya merujuk kepada keputusan mesyuarat penganjuran sambutan kemerdekaan ke-57 di Pejabat Residen Betong di sini.

Untuk sebarang pertanyaan berhubung program tersebut boleh menghubungi talian 083-472872 (PPS) pada waktu pejabat.

Advertisement