Anda di sini

Kualiti udara seluruh negara baik

Advertisement

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di kebanyakan kawasan di seluruh negara adalah baik dengan hanya tiga lokasi merekod bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat jam 5 petang semalam.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), tiga kawasan berkenaan ialah Bakar Arang di Sungai Petani (51), Seremban (57) dan Kampung Air Putih di Taiping (57).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik; 51 hingga 100 sederhana; 101 hingga 200 tidak sihat; 201 dan 300 sangat tidak sihat manakala melebihi 301 sebagai berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk portal www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. — Bernama

Advertisement