Anda di sini

JPN Kelantan lancar kutipan tabung Gaza

Advertisement

KOTA BAHARU: Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan telah mula mengagihkan sebanyak 600 tabung Gaza bagi membantu penduduk Palestin yang dizalimi regim Israel, di 591 buah sekolah rendah dan menengah di negeri ini.

Pengarahnya Hussain Awang berkata tabung terbabit akan ditempatkan di setiap sekolah bagi memudahkan pelajar, guru dan ibu bapa menghulurkan sumbangan.

Katanya, kutipan wang sumbangan itu akan dilakukan selama tiga minggu bermula hari ini yang bakal melibatkan penyertaan seramai 380,000 pelajar sekolah menengah dan rendah.

Bercakap kepada pemberita sempena Perhimpunan Jabatan Pendidikan Kelantan di sini semalam, beliau selain sekolah, 10 Pejabat Pendidikan Daerah turut mengambil bahagian dalam menghulurkan sumbangan berkenaan. — Bernama

Advertisement