Anda di sini

Hari Terbuka PDK Eda Beran capai matlamat

Advertisement

Oleh Sudan Ajang

 

PEMERIKSAAN KUTU

SEJUMLAH 500 orang terdiri daripada 150 Orang Kurang Upaya (OKU) dan komuniti menyertai aktiviti semasa Hari Terbuka anjuran pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Eda Beran di Long Laput, Baram baru-baru ini.

Pengerusi PDK Eda Beran Long Laput Pemanca Elizabeth Deng berkata, mereka merupakan penghuni daripada 29 rumah panjang di Tutoh Apoh, Tinjar, Marudi, Hulu Baram termasuk Penan dari Long Tepen, Pelutan.

“Hari Terbuka PDK Eda Beran ini merupakan acara tahunan bertujuan mengeratkan hubungan ahli dengan komuniti setempat, selain membolehkan mereka mendapat manfaat seperti perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma semasa program itu,” katanya.

Setiap OKU yang berdaftar dengan PDK Eda Beran turut menerima sumbangan tujuh kampit lima kilogram beras huma, manakala murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Long Laput mendapat bantuan beg sekolah sumbangan Kelab Rotary Miri.

“Kita berterima kasih kepada 30 sukarelawan yang mengumpul lebih 3,200 kampit beras untuk diberikan kepada OKU di Baram.

“Selain itu, penghargaan kepada Kelab Rotary Miri dan Hospital Miri serta semua sukarelawan dan orang awam yang menjayakan program ini,” kata Elizabeth.

Beliau menambah, Kelab Rotary dan Hospital Miri turut mengadakan program membasmi kutu dan mengagihkan racun kutu, pemeriksaan gigi dan pemeriksaan mata, selain sukaneka dan persembahan kebudayaan.

Majlis penutupan program disempurnakan Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau pada malam 21 Jun.

PEMERIKSAAN GIGI PERCUMA

MAKAN TENGAH HARI

LUAHAN HATI: Persembahan menyentuh perasaan ‘Biarku Menjadi Lilin’ oleh para OKU diiringi petugas-petugas PDK.

 

 

Advertisement