Anda di sini

Cungkil bakat muda

Advertisement

Oleh Mahathir Haroun

MOHD SABRY

KUCHING: Persatuan Golf Bumiputera Sarawak (PGBS) akan terus menumpukan kepada progr am pembangunan junior dalam usaha memastikan lebih ramai pemai n golf muda dapat dicungkil.

Presidennya, Mohd Sabry Othman berkata ini merupakan usaha berterusan persatuan untuk memastikan lebih ramai generasi muda Bumiputera terlibat dengan permainan golf.

Menurutnya, secara tidak langsung pemain muda itu mungkin boleh diketengahkan untuk mewakili persatuan, negeri dan negara.

“Apa yang penting sekarang kita menumpukan kepada program pembangunan junior untuk memastikan ramai generasi muda Bumiputera terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika majlis rumah terbuka raya di kediamannya di sini semalam.

Bagaimanapun, katanya, program pembangunan itu memerlukan dana yang tinggi dan persatuan akan berusaha untuk mencari tajaan atau sumber kewangan.

“Untuk memulakan program pembangunan seperti ini, ia memerlukan dana yang banyak,” ujarnya.

Setakat ini, PGBS mempunyai 500 ahli seluruh negeri dan persatuan itu masih menerima ahli-ahli baharu.

“Sekarang kita mempunyai kejohanan ‘monthly medal’ dan piala presiden untuk ahli-ahli,” jelasnya.

Selain itu, Sabry memberitahu bahawa persatuan itu juga mempromosi perpaduan kaum dengan menganjurkan empat pertandingan antara komuniti setiap tahun.

“Kita menganjurkan pertandingan ini bukan hanya untuk bermain tetapi memupuk perpaduan kaum,” katanya.

 

Advertisement