Anda di sini

Pertandingan mereka fesyen dan cosplay sempena BCF 2014

Advertisement

Oleh Borhaniza Ali Basah //

UNIK: Poster untuk Pertandingan Mereka Fesyen sempena
Festival Kebudayaan Borneo 2014.

MAJLIS Belia Sibu (SYC) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sibu (SMC) mengajak orang ramai yang berminat khususnya golongan belia untuk menyertai Pertandingan Mereka Fesyen dan Pertandingan Meniru Gaya Kartun (cosplay) sempena Festival Kebudayaan Borneo (BCF) nanti bertempat di pentas ‘Youth Pavilion’ Dataran Sibu Fasa Satu.

Mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan boleh melayari laman sesawang (website) www.sibuyouthcouncil.org bagi memuat turun borang penyertaan.

Borang yang lengkap untuk pertandingan mereka fesyen boleh dihantar ke pejabat SMC Wisma Sanyan tingkat 24 di Sibu atau e-mel [email protected].

Manakala untuk pertandingan ‘cosplay’, borang dihantar ke alamat yang sama atau e-mel frankchhoa@ sibuyouthcouncil.org.

Kriteria yang diambil kira untuk pertandingan fesyen adalah seperti rekaan baju, gubahan rambut, ‘make-up’, penampilan secara keseluruhan dan persembahan pentas.

Setiap baju bagi acara fesyen yang ingin dipertandingkan haruslah mengikut tema BCF dan para peserta harus menyediakan sendiri rentak muzik untuk persembahan masing-masing.

Sebarang syarat dan terma boleh dirujuk pada borang pendaftaran ataupun di laman sesawang yang telah diberi.

Pertandingan cosplay akan bermula pada 16 Ogos (Sabtu) dan pertandingan fesyen pada 21 Ogos (Khamis).

Setiap acara akan berlangsung pada jam 6 petang.

Untuk kedua-dua pertandingan, pemenang yang mendapat tempat pertama akan membawa pulang wang tunai RM800 serta trofi .

Manakala tempat kedua dan ketiga masingmasing akan mendapat RM500 serta trofi dan RM300 serta trofi .

Manakala tujuh pemenang sagu hati akan membawa pulang RM100 setiap seorang.

Tarikh tutup penyertaan untuk pertandingan fesyen adalah 14 Ogos dan pertandingan ‘cosplay’ pada 13 Ogos 2014.

Sebarang pertanyaan untuk pertandingan fesyen boleh menghubungi Kelvin Chew (016-8685446) atau e-mel kelvinchew@ sibuyouthcouncil.org dan untuk pertandingan ‘cosplay’ boleh menghubungi Frank Chhoa (013-5857000) atau e-mel frankchhoa@ sibuyouthcouncil.org.

Advertisement