Anda di sini

Kejohanan Golf Hari Raya KGS landasan terbaik rapat hubungan

Advertisement

KUCHING: Kejohanan KGS Hari Raya Open House Golf 2014 menjadi landasan terbaik bagi merapatkan hubungan antara masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola, Gani Matahir berkata kejohanan yang bermula sejak sedekad itu diteruskan pada masa akan datang.

Menurut Gani, pihaknya amat gembira dengan sambutan menggalakkan daripada para peserta terhadap kejohanan yang berakhir di KGS semalam.

“Peningkatan jumlah penyertaan pada edisi kali ini jelas menunjukkan objektif kita merapatkan hubungan antara pelbagai kaum telah tercapai,” katanya pada majlis penutupan kejohanan itu di sini semalam.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Timbalan Presiden KGS, Tan Sri Datuk Amar Morshidi Ghani dan Presiden Persatuan Golf Sarawak (SGA), Hoan Kee Hock.

Seramai 215 peserta dari pelbagai kelab golf serata Kuching dan Samarahan terlibat pada kejohanan anjuran itu.

Abdul Aziz Sahari yang bersaing dalam kategori ‘nett’ lelaki Kumpulan A ditabalkan juara setelah mencatat 67 markah, diikuti Shukri Mushidi tempat kedua dan Sanderick Yeo ketiga mencatat 68 dan 70 markah.

Bagi kategori ‘gross’ Kumpulan A, juara dirangkul Mohammad Lokan dengan mengumpul 76 markah diikuti Magit Semong (78) dan Abu Bakar Kiprawi (78).

Kategori B ‘nett’ lelaki menyaksikan Liew Kai Loon muncul juara dengan 62 markah.

Tempat kedua milik Lim Sin Kiat (63) dan Alan Koh (67) di tempat ketiga.

Manakala pemenang kategori ‘gross’ kumpulan sama disandang Norman Yusuf dengan 91 markah, Chan Pak Seng (91) tempat kedua dan Wong Chee Kiong (94) ketiga.

Kategori wanita menyaksikan Marana Mohamad Sahari muncul juara dalam kategori ‘nett’ dengan 68 markah.

Kedua disandang Kim Mi Ra dengan 71 markah manakala Danny Neb dengan 73 markah ketiga.

Bagi kategori ‘gross’ wanita, Tan Chlo Wee muncul juara dengan 82 markah dan Rebecca Sia tempat kedua.

Pada majlis sama, lebih 50 anak-anak yatim dari PERYATIM dan Yayasan Kemajuan Insan (YAKIN)Sarawak menerima sumbangan daripada pihak penganjur.

Advertisement