Anda di sini

Aksi Sarawak, Terengganu mungkin ditunda 15 Ogos

Advertisement

KUCHING: Perlawanan Piala Malaysia 2014 antara Sarawak dan Terengganu di Stadium Negeri pada 14 Ogos mungkin ditunda pada Jumaat (15 Ogos).

Menurut sumber, penundaan itu dilakukan berikutan kerajaan Malaysia bercadang tidak mahu mengadakan sebarang aktiviti sukan ataupun hiburan bagi memberi penghormatan kepada mangsa MH17 yang dijangka dibawa pulang ke tanah air pada 14 Ogos ini.

Utusan Borneo bagaimanapun gagal mendapatkan pengesahan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung perkara tersebut.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Sarawak Robert Alberts bersedia memberikan kepercayaan kepada Akmal Rizal Ahmad Rakhli untuk mengemudi barisan serangan pada kempen Piala Malaysia yang akan bermula pada 13 Ogos ini.

Ini berikutan ketiadaan penyerang import dari Bosnia, Muamer Salibasic disahkan tidak dapat bermain kerana masih mengalami kecederaan.

“Prestasi dan keyakinan Akmal semakin meningkat selepas beliau menyertai siri jelajah di Jakarta,” katanya di sini semalam.

Menurut Alberts, Akmal menunjukkan komitmen dan kesungguhan yang tinggi semasa sesi latihan.

“Saya harap beliau akan memberikan yang terbaik agar dapat membantu kita sepanjang saingan Piala Malaysia nanti,” katanya.

Alberts turut meminta pemain- pemain lain agar memantapkan prestasi masing-masing sebagai persediaan terakhir mereka sebelum memulakan kempen.

Advertisement